Saturday 29 October 2011

kenapa berlakunya kebanjiran pendatang asing di malaysia

Berjalan-jalan di sekitar KLCC, Jalan Masjid India, Jalan TAR, Chow Kit, Petaling Street atau di mana-mana sahaja tempat di Kuala Lumpur, pastinya kita rakyat Malaysia akan terasa seolah-olah berada di negara lain. Mana taknya, kalau jalan kat mana-mana je tak sah kalau tak terserempak dengan warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam, Kemboja, India mahupun China. Sesuai dengan slogan Malaysia Truly Asia yang menggambarkan Malaysia sebagai negara yang multiracial dan multicultural. Kuala Lumpur menjadi syurga kepada warga asing bila tiba hujung minggu dan ketika musim perayaan. Mereka akan memenuhi di setiap sudut yang ada. Kadang-kadang naik rimas dan lemas bila terpaksa berasak-asak dengan mereka untuk menaiki LRT dan pengangkutan awam lain.
Bagi saya, saya tak kisah pun kalau mereka datang ke Malaysia untuk mencari rezeki di sini. Lagipun bumi ni milik Allah dan setiap orang ada hak masing-masing kan. Tapi yang tak menariknya ialah bilangan mereka yang terlalu ramai dan mereka suka berkumpul di tempat-tempat awam. Kebanjiran mereka boleh mengancam keselamatan penduduk tempatan. Mereka juga menjadi punca kepada peningkatan kes-kes jenayah dan gejala sosial. Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita dengar kejadian rompakan, pecah rumah, kecurian dan penipuan yang membabitkan warga asing.
Imej Malaysia di mata dunia mungkin terjejas teruk bila Malaysia mula dikaitkan sebagai pusat sindiket antarabangsa seperti penyeludupan manusia, pemalsuan dokumen dan pengedaran dadah. Apapun saya harap pihak kerajaan mengambil berat tentang isu ini kerana ia melibatkan keselamatan penduduk dan imej negara. Kemasukan warga asing seharusnya diperketatkan dan ditapis sebelum mereka dibenarkan bekerja di Malaysia. Jangan main tangkap muat saja, yang bekerja di Malaysia juga haruslah berkualiti walaupun mereka hanya pembantu rumah, buruh binaan atau tukang sapu. Betul tak?

No comments:

Post a Comment